amazing...
i saw this amazing article which impress me so much..
Pada minggu lepas, aku di arahkan untuk berkursus team building di mersing. Memang seronok aktiviti disana. Tempat kursus pula di tepi pantai. Pantai yang landai, air yang bersih. Seronok gile la. Selama seminggu aku kat sana. Walapun penat tapi seronok.Bangun tidur kene pukul 6. Jadi tidur kene awal. Pukul 11 aku dah tido.
Pada suatu malam, aku ngan member aku tak bleh nak tido. Badan penat tapi tak mengantuk langsung. Aku plan la ngan member aku nak explore la hutan dan pantai malam tu. Jam dah pukul 2 lebih. Semua dah tido.Aku dengar orang kata sini kata malam malam ada babi hutan, gajah, rusa, rimau kuar cari makan. Aku ngan member aku ni teruja nak tengok sangat binatang tu. Aku merayap la tgh hutan dengan tidak bawa lampu picit. Parang pun tak bawak. Hanya berbekalkan cahaya henset. Aku ngan member nekad. Tapi aku tak jumpa pun binatang yang dicari. Bunyi serangga pun takde. Nyamuk pun takde.
Aku pun pegi tepi pantai. Mana la tau ada binatang makan buih air laut.Aku rasa pelik napa malam tu macam lain je. Aku buat don no je la.Puas aku jalan jalan, xjumpa apa pun. Aku lepak la tepi pantai ngan member aku ni borak borak sambil isap rokok.Tiba tiba, aku nampak ribuan ketam naik pantai. Aku buat bodoh lagi. Biasa la ketam naik pantai. Aku tengok ketam tu macam buat orang bermesyuarat. Berkumpul satu tempat kemudian bersepah seperti mencari sesuatu. Aku pehatikan je ketam tu sambil berborak. Mana la tau ketam tu nak sepit aku. Lepas 15 minit, aku tgk ketam tu semua turun laut balik.
Aku ckp ng member aku tangkap ketam wat bakar best gak.Aku ngan member aku ni pun kejar la. Member aku terperasan kat pasir pantai tu ada sesuatu. Aku pun belek la apa yang ada kat pasir tu. aku terkejut ada tulisan alif ba ta samapi abis. Aku belek lagi, jumpa perkataan bismillah. Kemudian aku jumpa surah yassin di atas pasir pantai seperti ditulis oleh seseorang. Padahal tadi aku duduk kat situ dah lama. Takde tulisan pun kat pasir. Ketam naik pantai terus ada tulisan.Kemudian aku ternampak sekor ketam yang tengah membuat sesuatu.Aku tgk la dekat dekat. Ketam tu tak lari pun. Aku terkejut ketam tu tgh menyodok pasir seperti melakar perkataan Lailahaillallah di atas pasir.Aku tergamam.Rupanya ketam yang byk byk tadi tu menulis surah yassin.
Aku terus balik bilik aku dan kejutkan member lain untuk melihat keajaiban tuhan. Malangnya semua orang tak mahu bangun.Aku patah balik ke pantai untuk mengambil gambar menggunakan henset. Bile aku nak ambil gambar je, terus bateri jadi kong. Padahal tadi bateri penuh.Member aku pun sama. Aku balik bilik dan terus tido.Keesokkan harinya aku cerita ngan member lain. Diorang kata malam tadi 1 syaaban. Aku tak penah ingat bulan islam melainkan ramadhan dan syawal. Aku cakap ngan diorang malam tadi bulan penuh Lawa bulan. Tapi diorang kata mana ada bulan penuh 1 hb syabaan. Aku terkejut lagi.Balik dari kursus aku tanya ngan ustaz. Ustaz kata kalo aku semayang malam tu, pahala besar. Bukan senang nak jumpa kejadian mcm tu. Hanya orang yang diberikan petunjuk je bleh rasai pengalaman mcm tu.Kesimpulan nya kite kena la mendalami ilmu agama dan perbykkan amalan. Dan yang lebih utama, ingat la bulan bulan dlm islam dan manfaatnya.
fredzie

2 Comments:
ternganga i bace. its such an awesome experience subhanallah...neway am a crab too..;) (cancerian). Kesimpulannya, ketam and orang2 yg berzodiak ketam adalah..bestest!
mrs imran>> yeee u ketam batu..hahaha..apasal u ternganga..oo tak pose
Post a Comment
<< Home